Cara Menanam Pokok Moringa

Cara Menanam Pokok Moringa di Rumah

Pokok Moringa, juga dikenali sebagai pokok kelor, sangat sesuai ditanam di kawasan beriklim tropika seperti Malaysia. Artikel ini akan menerangkan cara menanam pokok Moringa dengan mudah dan berkesan di halaman rumah anda. Moringa bukan sahaja tahan kering, malah mengandungi pelbagai nutrien penting, menjadikannya tanaman multivitamin semula jadi.


Kenapa Pilih Moringa?

Moringa bukan sekadar tanaman biasa. Ia cepat tumbuh, tahan lasak, dan kaya dengan protein, vitamin, zat besi dan antioksidan. Dalam masa 2 bulan, anda sudah boleh menuai daun Moringa untuk dijadikan teh atau serbuk kesihatan. Klik di sini untuk pelajari cara membuat serbuk Moringa.


Persediaan Awal Menanam Pokok Moringa

  1. Pilih lokasi cerah – Moringa memerlukan cahaya matahari penuh.
  2. Sediakan tanah – Gemburkan tanah dan campurkan dengan kompos.
  3. Gunakan biji Moringa segar – Atau boleh juga guna keratan batang.
  4. Rendam biji dalam air – Rendam semalaman sebelum menanam
  5. Pecahkan kerang – Keluarkan kerang dan inti tanaman sahaja

Nota: Pastikan kawasan penanaman tidak bertakung air kerana akar Moringa sensitif terhadap kelembapan berlebihan.


Langkah-Langkah Cara Menanam Pokok Moringa

1. Menanam Terus di Tanah

  • Gali lubang sedalam 30–60 cm.

  • Tanam benih Moringa sedalam 1–2 cm.

  • Siram sedikit air, cukup lembap, jangan terlalu basah.

2. Menyemai Dalam Poli Beg

  • Gunakan beg bersaiz 18cm tinggi dan 12cm lebar.

  • Campur 3 bahagian tanah dan 1 bahagian pasir.

  • Tanam 2–3 biji benih dalam setiap poli beg.

  • Setelah tumbuh 60–90 cm, tanam ke tanah.

Tip: Rendam benih semalaman untuk mempercepatkan percambahan.


Penjagaan Pokok Selepas Tanam

  • Siram pagi dan petang untuk minggu pertama.

  • Buang anak benih yang lemah jika tanam banyak.

  • Pangkas secara berkala supaya tumbuh rendah dan mudah dituai.

Ketahui juga manfaat Moringa kepada ibu menyusu dan mengandung dalam artikel ini .


Masalah Biasa & Penyelesaian

  • Busuk akar – Elak tanah bertakung.

  • Daun kuning – Kemungkinan terlebih air atau kurang cahaya.

  • Pokok lambat tumbuh – Periksa kesegaran benih.


Rujukan & Bacaan Lanjut

Untuk maklumat tambahan tentang nutrisi Moringa dan manfaatnya secara saintifik, anda boleh rujuk kajian di laman WHO mengenai tanaman tropika dan juga penulisan saintifik dari Trees for Life.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *


The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.

Scroll to Top